Posisi Misbun jadi tandatanya????

DUA SIFU...Misbun dijangka tidak melatih Chong Wei sebaliknya tugas itu dipikul Seu Bock (kanan).


DUA SIFU...Misbun dijangka tidak melatih Chong Wei sebaliknya tugas itu dipikul Seu Bock (kanan).

KEMELUT Datuk Misbun Sidek-Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah terlerai selepas jurulatih itu menarik balik peletakan jawatan, namun di mana kedudukan beliau selepas ini belum ada kepastian.
Setakat hari ini, BAM baru membincangkan butiran perjanjian, tapi kontrak hanya akan disiapkan selepas Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai dan Pengarah Latihan Prestasi Tinggi, Datuk James Selvaraj bertemu Misbun minggu depan.

“Kami akan mengadakan pertemuan dengan Misbun dalam masa seminggu lagi untuk membincangkan butiran lanjut tugasan yang bakal digalas beliau selepas ini. Kontrak hanya akan dibuat selepas itu,” kata Chin Chai, semalam.
Sebelum penyediaan kontrak juga, isu itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) yang dijangka berlangsung dalam masa dua minggu lagi.

Berdasarkan situasi semasa, Misbun dijangka tidak melatih jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei selepas pemain nombor satu dunia itu menyuarakan keselesaan berlatih di bawah Tey Seu Bock dan Rashid Sidek.

“Mana tempat Misbun selepas ini juga akan dipengaruhi pandangan Majlis Sukan Negara (MSN) kerana mereka terbabit secara langsung dalam membayar gaji jurulatih itu,” kata Chin Chai.

Jika bersandarkan pendirian Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong ketika hadir ke Majlis Menandatangani MoU di antara MSN dan Universiti Sukan Kebangsaan Korea di Casa 1 MSN, Bukit Jalil semalam jelas beliau mahu BAM mengikut keselesaan Chong Wei untuk memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik 2012 London.

“Saya harap apa yang Chong Wei minta itu ditunaikan, jika dia selesa bersama Seu Bock dan Rashid, biarlah dua jurulatih itu mengendalikannya,” kata Zolkples.
Sementara itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh pula berkata Misbun mempunyai kemahiran tinggi dan ketegasan dalam latihan, justeru sesuai untuk melatih pemain yang sedang meningkat naik.

Pandangan beliau itu mungkin membayangkan Misbun bakal ditugaskan melatih pemain pelapis atau Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Ketegasan latihan Misbun berjaya membentuk Chong Wei di puncak kerjaya ketika ini, malah beliau juga pernah melonjakkan nama Muhd Hafiz Hashim yang muncul juara Seluruh England 2003.

Selain posisi Misbun, persoalan juga timbul mengenai bayaran gaji yang ditawarkan kepada jurulatih itu sama ada akan menerima bayaran lebih banyak berbanding kontrak sebelum ini atau kurang atau dibayar jumlah sama.

“Soal bayaran gaji tidak timbul kerana kami sudah peruntukkan bajet sebelum Misbun meletak jawatan lagi. Cuma C&T perlu membuat keputusan dan menghantar kepada Jawatankuasa Kewangan. Pendapat MSN juga akan diambil kira kerana mereka bersama BAM berkongsi membayar gaji jurulatih itu,” kata Bendahari BAM, Datuk Lim Teong Kiat.

2 comments:

xazryx said...

da masuk blk xde posisi plak ?zzz .

fatth said...

2 la pasal.. banyak persolan yang timbul lak tu..

Write here, about you and your blog.
 
Copyright 2009 FiKirKan!!! All rights reserved.
Free Blogger Templates by DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes