Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri. Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.
Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.
Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.
Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.
Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat.
15 comments:
terkejut !
baru pertama kali tau ada gak macam ni ~
wuu wuu.. kesiannya.. T__T
ish, sedh je tgk mcm nie
kesiannya baby ni.. =(
dah lah comel..
hopefully pembedahan tu berjalan dengan lancar la..
subhanallah...
semalam sye ada tengok video, x sampai hati nk letak video nye.. harap2 bejaya la kn,, ni lah kuasa ALLAH kn..
dah tgk jugak video tu..
kesian nye kat dye :(
hem.. x sampai hati nk tgk... =(
perghhh.. sian giler.
kesiannnya....tersentuh hati saya
kesiannya...tersentuh hati saya
kesian budak ni..=.=
ciannya..
tengok pun rase seksa je..
cian bayi nie . sedihnyer :(
memang kesian,, kte doa semoge bayi ni sembuh kn..
Post a Comment