Melamar menggunakan teka silang kata

Melamar menggunakan teka silang kata

Inilah teka silang kata yang lengkap dengan lamaran yang digunakan oleh Corey Newman.


WASHINGTON - Seorang lelaki, Corey Newman menggunakan teka silang kata sebagai satu cara unik untuk melamar kekasihnya, Marlowe Epstein, lapor sebuah akhbar semalam.
Newman yang berusia 28 tahun berpakat dengan akhbar Washington Post untuk bertanyakan soalan itu kepada Epstein, 31, menerusi satu kolum teka silang kata.
Pembayang untuk soalan nombor 51 berbunyi: Kata-kata yang mempunyai cincin padanya. Apabila Epstein menjawab dengan betul: "Adakah awak ingin berkahwin dengan saya?" Newman terus melutut dan menyerahkan sebentuk cincin permata dan mengulangi soalan sama.
Epstein yang namanya diambil daripada pembayang nama watak dalam filem Shakespeare in Love dan penulis layar filem Casablanca itu menerima lamaran tersebut.
Washington Post yang melihat lamaran tersebut sebagai satu cerita yang bagus telah merakamkan semua detik itu, sebelum memasukkan ke dalam laman webnya. - Agensi

6 comments:

dwatyKNY said...

so sweet...

fatth said...

haha.. betol2..

Zee.Zee™ said...

ohh sweetnya..

idea yang bernas nak melamar!
^_^

Faziera193 said...

alololo kreatifnya dia..
sweet sangat..
camne lah aku nanti kan?ish ish
*mula berangan* hihi
=)

meh singgah baca-baca entry kat sini: http://faziera193.blogspot.com

misz myza said...

cbe kalau bg teka silang kata yg susah2.. mesti pempuan tu x dpt teka suprise pakwe dia... hehehehee

fatth said...

zee.zee : bleh gune idea ni kn.. huhu..

fazira : dh msok blog awk, :)

misz mya : klw bgi silang kate yang susah2, msti pompan 2 xdapat jawp, pas tu lelaki 2, yang kne jwap sendiri n kene terangkn kt pompan tu.. huhuu...

fatth dh msok blog korang.. :)

Write here, about you and your blog.
 
Copyright 2009 FiKirKan!!! All rights reserved.
Free Blogger Templates by DeluxeTemplates.net
Wordpress Theme by EZwpthemes